pinjamkanku kekuatanMu

Kerap kali  kita bayangkan, alangkah baiknya kalau kita akan tahu apa yang nak jadi pada hari esok….
alangkah bagusnya juga kalau hidup ini senang dan mudah…
selalu kita angankan, alangkah baiknya kalau kita tidak perlu bersusah2 kerana semuanya sudah terhidang didepan mata…

semua itu hanyalah angan2 kosong….kejayaan tidak akan dicapai hanya dengan duduk menopang dagu….ilmu juga tidak akan masuk ke dada jika kita mambaca hanya utk lulus periksa…

betulkanlah semula niat kerana apa ilmu dicari….

kita tidak akan tahu apa yang akan jadi pada hari esok kerana kita hidup pada hari ini…

apa yang terjadi pada hari lepas jadikan pengajaran dan iktibar, yang manis jadikan kenangan…

tetapkan niat dihati, kuatkan azam didada, teguhkan iman dijiwa….

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk jiwa-jiwa yang bermujahadah kerana-Nya….

 

Cinta…

Cinta adalah nikmat dari Allah
Yang membuat dunia menjadi tiada bertepi
Lebih dalam dari lautan yang dalam
Lebih tinggi dari angkasa membumbung
Berbahagialah yang dihidupkan hatinya dengan cinta
Namun waspadalah bagi orang yang dibutakan hatinya dengan cinta
Seindah- indah cinta adalah cinta kepada penggenggam alam semesta
Kepada yang maha mencinta yang tiada pernah terputus cintaNya
Yang kekal cintanya, dialah Allah,
Allah yang Maha Agung
Maha Indah
Maha Penyayang
Maha Membela
Maha Mempersona
Saudaraku,
Bahu membahulah membangun cinta
Dengan para pencinta
Cinta kebenaran
Cinta rasulullah
Cinta semata-mata kerana Allah

-The Fikr, Cinta-

All For You

Bertanya pada diri, belajar ini untuk siapa?

tanya ku lagi, kecemerlangan ini untuk apa dan siapa?

gembira kerana siapa, bersedih pula apa sebabnya?

Bertanya lagi, senyum ini kerana apa? menangis apa puncanya?

makan kerana apa? berlapar buat siapa?

hidup ini untuk siapa, mati pula untuk siapa?

Bertanya lagi, matlamat hidup ini untuk siapa?

Jawapannya adalah, hanya buat Yang Esa….

Tolong ingatkan

Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Akan indahnya ukhuwwah antara kita

Susah senang kita harungi bersama

Ombak dan badai kita renangi jua

Kerana matlamat kita hanya kerana-Nya

Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa,

Akan takutnya dan gerunnya pada balasan Allah

Pada hamba-Nya yang leka

Kerana aku tidak sanggup

Untuk menjejakkan kaki ke neraka-Nya

Sahabat,

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Akan nikmatnya syurga Yang Maha Esa

Kerana itu adalah pendorong ku

Untuk terus beramal hanya kerana-Nya

Sahabat

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Bahawa dunia ini hanya sementara

Tidak yang kekal diatasnya

Melainkan semua akan kembali kepada yang Esa

Kerana aku bimbang akan kederasan arusnya

Yang mampu menggugat iman yag tidak seberapa

Yang mungkin akan mengheret kepada kemurkaanNya

Sahabat

Tolong ingatkan andai aku terlupa

Pada pesanan Rasul dan juga pencipta

Kerana aku juga insan biasa

Yang kadang-kadang lupa

Pada tujuan hidup kita didunia…..

-misssunny- 12/11/11 0705, Paradise, Australia…

Buat Siti…

Terdapat 9 Siti yang wajar menjadi contoh teladan buat Si Muslimah iaitu Siti Khadijah,Siti Fatimah,Siti Aishah,Siti Hajar,Siti Mariam,Siti Asiah,Siti Aminah,Siti Muti’ah dan Siti Zubaidah.

1. Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4. Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5. Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

7. Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9. Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Post JML [delayed :)]

Salam.

JML yang berlalu mengungkap seribu makna yang tersendiri. setiap tahun, JML membawa seribu kenangan untuk dikenangi dan dihayati oleh semua peserta, fasilitator dan AJK. Namun tidak lengkap JML jika hanya pulang dengan kenangan tanpa secalit kesan daripada apa yang dibentangkan. tidak sempurna perjalanan jika hanya dengan dan tinggalkan segala-galanya dikaki bukit adelaide (adelaide hills) tanpa sedikit pun tertanam dijiwa.

Dan diantara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu, tetapi apabila mereka telah keluar dari sisimu, mereka bertanya kepada orang yang telah diberi ilmu, ‘ Apakah yang dikatakannya tadi?’ Mereka itulah orang-orang yang dikunci hatinya oleh Allah, dan mengikuti keinginannya. Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunujuk kepada mereka dan menganugerahi ketakwaan mereka.” (Muhammad:16-17)

Janganlah sampai Allah mengunci hati kita dan menjadikan kita dikalangan orang yang rugi.

Ketukan Jiwa

Salam

Agaknya sudah lama juga ana tidak bermadah disini. bukan mengabaikan tetapi kerana terlalu banyak tugasan di luar sana yang menuntut jiwa, fizikal dan mental agar terus fokus dan terus berusaha untuk mecapai matlamatnya.

hampir dua bulan lamanya diri menyepi. mencari bait-bait pengalaman yang ingin dikongsi. dua bulan sudah berlalu. terlalu benya episod pengalaman yang mengajar diri agar menjadi lebih tabah dan lebih bijak menguruskan diri.

Episod pengalaman yang hanya dapat ditafsirkan untuk menjadikan diri agar bisa teguh berdiri biarpun kala badai menimpa. walaupun diluarnya tampak tenang namun didalam tetap ada gelora. Namun Allah menghadirkan ketenangan dijiwa. syukurku pada-Mu ya Allah kerana hari ini aku masih bisa teguh berdiri biarpun duri itu menghiris hati.  kehadiran teman disisi pengubat jiwa yang lara. Jazakummulah wahai teman-teman.

Dugaan demi dugaan penguat jiwa. atas nasihat dan dorongan kuteruskan jua. kerana kuyakin bahawa jalan ini tidak mudah. kutekadkan niat dan bulatkan semangat. berdirinya aku diatas jalan ini adalah keranaNya. bersyukurku atas nikmat ujianNya kerana kuyakin Dia masih mengasihi..diuji tahap keimanan agar kelak aku bisa terus teguh biar sekuat mana gegaran melanda.

” Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata) ‘Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.’” (Al-Fussilat: 30)

~Hold On~

Acapkali kita mengeluh kala ujian datang melanda…menangisi perginya ketenangan dalam hati…

kala ujian melanda, jiwa bagai dihempas badai, berombak iman turun dan naik…

Ujian datang dan pergi…ujian-NYA menandakan Allah masih mengingati kita..masih mahu menguji iman kita..berjayakah kita menempuh ujian ini…ujian demi ujian, menjadikan kita lebih teguh…ibarat sebuah pohon yang sentiasa ditiup angin…angin yang kuat membuatkan dahannya dan batangnya makin teguh, teguh untuk menghadapi angin itu…..akhirnya, pokok itu membesar menjadi sepohon pokok yang gah…

sama juga seperti seekor monyet yang sedang memanjat pohon kelapa…kalau angin badai bertiup dengan kencang, pokok kelapa dipeluk dengan kuat…namun bila bayu yang lembut menyapa, si monyet leke dan lupa bahawa dia sebenarnya berada di atas pokok, lalu dilepaskan dahan dan jatuhla dia ke tanah….

kesimpulannya..ujian membuatkan kita makin kuat…jangan bersangka buruk andai ujian menimpa…tempuhi ujian itu dengan tabah, sabar dan rela…

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sabar dalam menempuhi ujian Mu…..

[Katakanlah (Muhammad), "wahai hamba-hamba Ku yang beriman! bertakwalah kepada Tuhanmu", bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabar yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.] (39:10)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hold On (no beats necessary)

I heard it through a brother that you
Oh my brother, you are going through times of difficulty
I know sometimes you feel all alone
Oh my brother, call me anytime when you feel all the way down

Trials and temptations lie at every corner we turn
Its a test from Allah to see if we succeed or not
My brother its a trial that youre going through
So dont be afraid, Allahs there for you

So Hold On, Allahs there for you, Hold On
Hes listening to you, Hold On
Supplicate to Him, Hold On
He will free you from this misery

Thinking about not so long ago
How it was when I was not alone
Why is it that my lifes falling apart?
Thinking about it really breaks by heart

My brother its a trial that youre going through
So dont be afraid, Allahs there for you

With every hardship there is
And relief with calamity
Patience and Pray, will give you victory, Yeah

So Hold On, Allahs there for you, Hold On
Hes listening to you, Hold On
Supplicate to Him, Hold On
He will free you from this misery

My brother its a trial that youre going through
So dont be afraid, Allahs there for you
My brother its a trial that youre going through
So dont be afraid, Allahs there for you

Allahs there for you

So Hold On, Allahs there for you, Hold On
Hes listening to you, Hold On
Supplicate to Him, Hold On
He will free you from this misery

Allah is there for you
Allah is there for you
Hes listening to you
Allah is there for you
Allah is there for you

~mencari cinta~

assalamualaikum.

lately ni asyik melayan perasaan untuk melembutkan semula hati yang setelah beberapa minggu tidak merasa sentuhan lembut tarbiyyah. melayan perasaan, mencari semula cinta yang sejati.

kebelakangan ni, terasa diri makin lemah. terbit persoalan…adakah masih bisa ku tanggung dugaaan ini.  namun, kekusutan waktu cuti itu makin terurai setelah diri ini seolah2 melarikan diri berada jauh dari masalah.

hari ini, seolah2 merasakan diri ini makin tenang. seolah masalah hati itu berlalu pergi bersama linangan air mata kedamaian. semoga Allah memberikan ketenangan kepada hati ini. biarlah gelora hati berlalu pergi.

~mencari cinta~

Bertemu cinta Teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Tahu cintaNYA menerangi jiwa.

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit
Di lembah terhina
Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta

Ku sangka teguh kiranya masih rapuh
Ku sangka mudah namun amat payah
Ku sedar semua pasti ada akhirnya
moga akhirku diselimut cinta
cinta agungNYA

Sekian lama
Diri terlalai
Kehidupan terabai
Akhirnya aku temui kadamaian abadi

Nota Cinta

Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri

Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.