Alhamdulillah berlalu sudah 3 minggu Ramadhan.
sepanjang 3 minggu ni, terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga terasa 3 minggu itu amat pendek untuk merasai kenikmatan berada dibulan Ramadhan.
ditambah pula dengan bebanan tugasan belajar yang makin bertambah kerana kes-kes CBL yang semakin complex membuatkan hati ini kekadang rindu pada bonda dan ayahanda di halaman.
humm…kali ini adalah tahun ke3 beraya di negeri orang. tatkala ini bila mengingatkan keluarga dirumah, membayangkan pada waktu ini mesti mereka sedang sibuk mengemas rumah, mengecat pintu pagar, menyediakan kelengkapan raya dan sebagainya ditambah pula dengan masakan my beloved mama yang mmg xpernah puas kalau makan membuat hati ini bertambah rindu. merintih2 untuk balik ke sana. tp apakan daya, aku harus berada disini demi satu misi yang sangat besar.

Aidilfitri 2006(1st time raya di Adelaide so, saya tiada dalam gambar)
Semoga hati ini lebih tabah. biarpun tanpa mereka yang disayang disini, masih ada teman2 pengubat duka. Semoga Allah menjadikan hati ini sentiasa redha dengan ketentuan-Nya dan semoga sentiasa bersyukur atas nikmat-Nya.
~~~~~~~~~~

My beloved Mama and Abah
Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
Posted by mujahidah on October 11, 2009 at 4:51 pm
long, i love u jgk!
Posted by surianirazak on October 11, 2009 at 6:05 pm
i love u too….