Salam
Agaknya sudah lama juga ana tidak bermadah disini. bukan mengabaikan tetapi kerana terlalu banyak tugasan di luar sana yang menuntut jiwa, fizikal dan mental agar terus fokus dan terus berusaha untuk mecapai matlamatnya.
hampir dua bulan lamanya diri menyepi. mencari bait-bait pengalaman yang ingin dikongsi. dua bulan sudah berlalu. terlalu benya episod pengalaman yang mengajar diri agar menjadi lebih tabah dan lebih bijak menguruskan diri.
Episod pengalaman yang hanya dapat ditafsirkan untuk menjadikan diri agar bisa teguh berdiri biarpun kala badai menimpa. walaupun diluarnya tampak tenang namun didalam tetap ada gelora. Namun Allah menghadirkan ketenangan dijiwa. syukurku pada-Mu ya Allah kerana hari ini aku masih bisa teguh berdiri biarpun duri itu menghiris hati. kehadiran teman disisi pengubat jiwa yang lara. Jazakummulah wahai teman-teman.
Dugaan demi dugaan penguat jiwa. atas nasihat dan dorongan kuteruskan jua. kerana kuyakin bahawa jalan ini tidak mudah. kutekadkan niat dan bulatkan semangat. berdirinya aku diatas jalan ini adalah keranaNya. bersyukurku atas nikmat ujianNya kerana kuyakin Dia masih mengasihi..diuji tahap keimanan agar kelak aku bisa terus teguh biar sekuat mana gegaran melanda.
” Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata) ‘Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.’” (Al-Fussilat: 30)