
Sahabat,
Tolong ingatkan andai aku terlupa
Akan indahnya ukhuwwah antara kita
Susah senang kita harungi bersama
Ombak dan badai kita renangi jua
Kerana matlamat kita hanya kerana-Nya
Sahabat,
Tolong ingatkan andai aku terlupa,
Akan takutnya dan gerunnya pada balasan Allah
Pada hamba-Nya yang leka
Kerana aku tidak sanggup
Untuk menjejakkan kaki ke neraka-Nya
Sahabat,
Tolong ingatkan andai aku terlupa
Akan nikmatnya syurga Yang Maha Esa
Kerana itu adalah pendorong ku
Untuk terus beramal hanya kerana-Nya
Sahabat
Tolong ingatkan andai aku terlupa
Bahawa dunia ini hanya sementara
Tidak yang kekal diatasnya
Melainkan semua akan kembali kepada yang Esa
Kerana aku bimbang akan kederasan arusnya
Yang mampu menggugat iman yag tidak seberapa
Yang mungkin akan mengheret kepada kemurkaanNya
Sahabat
Tolong ingatkan andai aku terlupa
Pada pesanan Rasul dan juga pencipta
Kerana aku juga insan biasa
Yang kadang-kadang lupa
Pada tujuan hidup kita didunia…..
-misssunny- 12/11/11 0705, Paradise, Australia…