Kerap kali kita bayangkan, alangkah baiknya kalau kita akan tahu apa yang nak jadi pada hari esok….
alangkah bagusnya juga kalau hidup ini senang dan mudah…
selalu kita angankan, alangkah baiknya kalau kita tidak perlu bersusah2 kerana semuanya sudah terhidang didepan mata…
semua itu hanyalah angan2 kosong….kejayaan tidak akan dicapai hanya dengan duduk menopang dagu….ilmu juga tidak akan masuk ke dada jika kita mambaca hanya utk lulus periksa…
betulkanlah semula niat kerana apa ilmu dicari….
kita tidak akan tahu apa yang akan jadi pada hari esok kerana kita hidup pada hari ini…
apa yang terjadi pada hari lepas jadikan pengajaran dan iktibar, yang manis jadikan kenangan…
tetapkan niat dihati, kuatkan azam didada, teguhkan iman dijiwa….
Semoga Allah memberikan kekuatan untuk jiwa-jiwa yang bermujahadah kerana-Nya….